Thursday, February 9, 2017

Angin ahmar.

Apa itu angin ahmar?

·      stroke atau cerebrovascular accident

·      satu keadaaan di mana terdapat gangguan bekalan darah ke otak dengan tiba-tiba

·      biasa berlaku di kalangan warga tua

·      kematian akibat angin ahmar adalah 1.5 kali lebih tinggi pada warga tua berumur 85 tahun ke atas.


Apa yang menyebabkan angin ahmar?

Ø    trombosis (pembekuan darah)

Ø    pembekuan darah terbentuk di salur darah otak yang sempit

Ø    embolisma (pembekuan darah kecil)

Ø    arteri (salur darah) dalam otak tersekat oleh pembekuan darah, lemak atau udara

Ø    pendarahan

Ø    pendarahan pada arteri dalam otak akibat tekanan darah tinggi atau kecederaan di kepala

Ø    tekanan

Ø  salur darah (arteri) dalam otak tertekan oleh ketumbuhan.


Faktor-faktor risiko bagi angin ahmar:

Ø tekanan darah tinggi

· faktor paling biasa
· boleh merosakkan salur darah dalam otak

 Ø makanan berlemak/tinggi kolesterol

· kolesterol melekat pada dinding salur darah dan menyebabkan ia menjadi sempit dan mengurangkan pengaliran darah ke otak
  
Ø berat badan berlebihan

· meninggikan peluang mendapat penyakit darah tinggi

 Ø merokok

· asap tembakau menyempitkan salur darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan organ-organ lain
· risiko perokok mendapat angin ahmar adalah 3 kali ganda lebih daripada orang biasa

 Ø diabetis

· kandungan gula yang tinggi menyebabkan salur darah menjadi keras dan tebal

 Ø tekanan (stres)

· tekanan darah meningkat dengan sementara apabila emosi tertekan.


Gejala angin ahmar

Ø Gejala bergantung kepada bahagian mana otak yang terlibat.  Gejala yang biasa adalah:

· lemah atau lumpuh sebahagian tubuh badan
· susah bercakap
· susah menelan
· hilang ingatan serta daya tumpuan
· hilang keupayaan mengawal air kencing atau najis
· gangguan emosi - murung serta sedih
· senang marah atau menangis


ANGIN AHMAR ADALAH KECEMASAN,
DAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA!

Tindakan anda, jumpa doktor dengan segera jika terdapat tanda-tanda berikut:

· kebas di sebahagian badan
· kesukaran bertutur
· sakit kepala
· pening kepala
· gangguan penglihatan dengan tiba-tiba


Jika disahkan mengidapi angin ahmar:

Kemasukan ke hospital adalah perlu untuk mengesan sebab dan keterukan keadaan:

Ø rawatan - ubat-ubatan
Ø pemakanan
Ø program pemulihan - senaman, pertuturan dan aktiviti kehidupan harian


Cara-cara mengurangkan kejadian angin ahmar:

·           periksa tekanan darah setahun sekali
·           jaga pemakanan anda – kurangkan makanan berlemak, kolestrerol, gula dan garam
·           kurangkan kopi, teh dan minuman keras
·           berhenti merokok
·           bersenam sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu
·           kawal diabetis
·           latih diri untuk bertenga
·           rehat dengan cukup
·           mulakan hobi
·           teknik berehat (relaxation technique).

Sumber: http://www.jpapencen.gov.my/











No comments:

Post a Comment